Idamkan Berbadan Sado, Tapi Tak Sempat Dah. Baju Ini Buatkan Badan Anda Sado Dalam Sekelip Mata!
2:16 AM
Bagi kaum lelaki yang inginkan badan sasa, anda tak perlu lagi ke gim atau pun berhempas pulas mengangkat besi. Ini kerana sudah ada jalan pintas untuk memiliki badan idaman.
Baju sado berspan ini boleh membantu anda untuk terus nampak sado tanpa perlu berpenat lelah. Jimat masa dan jimat tenaga!

Hanya sarungkan baju sado tersebut dan sarungkan baju lain di luar.
Tshirt tersebut yang lengkap berspan di bagaian dada dan lengan, menjadi perbualan hangat di media sosial.

Apa yang pasti ramai yang mengecam baju tersebut dan menyatakan baju tersebut merupakan cara malas bagi mereka yang inginkan badan sasa tanpa bersenam.
Maklumlah, sejak kebelakangan ini pereka fesyen berlumba-lumba menghasilkan pakaian khas untuk ‘abang sado’. Lebih mengejutkan, ianya mendapat sambutan luar biasa.
P/S: Lepas ni cuba cek kawan-kawan korang yang tiba-tiba je berbadan sado. Mana tau deorang pakai baju abang sado ni!
-hnsv-
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.