10 Iklan & Filem Pendek Aidilfitri 2016 Yang Mesti Anda Tonton!

2:11 AM

 
Sedar tak sedar tinggal lagi 10 hari saja lagi untuk umat Islam menyambut Aidilfitri.
 
Rasa tak lengkap jika tiada iklan Raya dan Filem Pendek Aidilfitri sempena di hari kemenangan ini.
 
Setiap tahun pasti ramai yang ternanti-nanti iklan-iklan Aidilfitri yang menyentuh jiwa, yang buatkan anda ketawa dan mengingatkjan kembali tentang memori-memori lalu.
 
Kami senaraikan 12 iklan raya & filem pendek Aidilfitri 2016 yang anda mesti tonton!

1. Samsung Ramadhan: SIBERTURAHIM

Berkisarkan tentang ikatan kekeluargaan dan hubungan adik-beradik yang renggang, bertaut kembali melalui aplikasi mesej Whatsapp oleh si bapa. Mungkin anda perlu sediakan tisu sebelum menonton.
 

2.  FABER – CASTELL MALAYSIA

Sudahkah anda bersiap sedia untuk menyambut tetamu di Hari Raya? Anda boleh buat macam ni untuk selamatkan rumah anda dari serangan kanak-kanak nakal di Hari Raya nanti.
 

3. PULANG – Rizalman For Zalora 2016 

Sebelum ini filem pendek Aidilfitri 2015 ‘Lara’ lakonan Fauziah Nawi dan Scha Alyahya berjaya membuatkan penonton menitiskan air mata.  Jadi, anda perlu tonton jalan cerita PULANG yang memang terbaik.
 

4. MACAM MANA NAK RAYA? – Jakel 

Iklan ini memang akan buatkan anda ketawa. Lakonan Jep Sepahtu, Nabil Ahmad dan Aaron Aziz ini pasti menghiburkan. Pasti perkara ini pernah terjadi pada anda. Biasalah konflik di pagi Hari Raya.
 

5. SEMPURNAKAN RAYA ANDA – Fashion Valet 

Biasalah di bulan Ramadhan akak-akak ni semua sibuk pergi Terawih, buat kuih Raya la. Mana ada masa nak pergi membeli-belah. Tak perlu risau, sekarang ni semuanya di hujung jari saja. Iklan ini beri anda idea untuk membeli baju Raya dengan mudah.
 

6. C&H Air Freshener

klan Hari Raya 2016 dari C&H Air Freshener ini sebenarnya simple saja. Tetapi gealagat pelakon di dalam komersial ini memang mencuti hati. Anda mesti tonton iklan menarik ini!
 

7. Watsons – RayaNiMestiCun

Bila tiba je Hari Raya, aura berseri tu selalunya lain dari yang lain. Takkan la anda nak tampil selekeh di pagi Raya, mesti semuanya nak nampak CUN! Apa lagi, sempat lagi untuk anda melawa sebelum Hari Raya nanti.
 

8. Tenaga Nasional Berhad – Lepas tu

Di Hari Raya kita akan bermaaf-maafan jika ada silap dan salah. Apa-apa pun iklan ini mengajar kita untuk mengaku kesilapan dan meminta maaf. Anda juga perlu memaafkan kesalahan orang lain.
 

9. SOALAN – KS Entourage 

Kasih sayang ibu tiada bandingan. Bila anak bersifat kurang ajar dengan ibu, sedikit pun kasih sayangnya tidak berubah. Lumrah manusia, bila dah merempat, baru nak sedar diri. Hargai setiap apa yang ibu bapa lakukan.
 

10. A Scent Holds A Thousand Memories – Kleenex 

Rasanya tak lengkap Hari Raya anda jika tiada tisu di rumah. Namun ada kisah disebalik tisu dan Hari Raya menerusi iklan ini. Kadang-kadang dengan bau sahaja sudah buatkan kita teringatkan tentang sesuatu.
 
p/s: bolehla layan iklan2 ni ye.
 
-hanasuva-

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic