4 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Menyilang Kaki!

2:20 AM

 
Mesti ramai yang terkejut, kenapa anda perlu berhenti menyilangkan kaki? Tanpa sedar, kebiasaan ini mungkin sudah bertahun-tahun anda lakukan.
 
Di pejabat, ketika makan, ketika menonton televisyen. Hampir setiap masa anda menyilangkan kaki.
 
Tahukah anda, menurut kajian tabiat ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang buruk.

1. Sakit Belakang dan Leher

1

Biasanya apabila anda duduk, kedua telapak kaki akan menapak di lantai. Tapi, mesti automatik kaki tu akan menyilang. Menurut pakar ortopedik, menyilangkan kaki boleh menyebabkan sakit belakang dan leher.
 

2. Spider Veins

Spider-Vein-Before
 
Jika terdapat urat atau pembuluh nadi yang menonjol berbentuk seperti jaring labah-labah ini, ia mungkin berkait rapat dengan tabiat menyilang kaki. Faktor lain mungkin disebabkan oleh genetik, kehamilan, terdedah kepada cahaya matahari dan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama.
 

3. Meningkatkan Tekanan Darah

4
 
Darah di kaki seharusnya mengalir naik ke jantung, melawan graviti. Apabila anda menyilangkan kaki, ia menghalang aliran darah. Akibatnya, tubuh meningkatkan tekanan darah untuk menggalakkan darah di kaki kembali ke jantung.
 

4. Saraf kaki

back-pain
 
Tidak hanya beri kesan buruk pada aliran darah dari kaki ke jantung, menyilang kaki juga beri kesan buruk pada pembuluh dan saraf di kaki dan telapak kaki. Saraf peroneal, saraf besar di kaki, akan mendapat tekanan semasa anda menyilangkan kaki.
 
Tekanan ini akan menyebabkan kaki menjadi kebas dan membuat beberapa otot di kaki dan telapak kaki menjadi lumpuh sementara.
 
-hnsv-

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic