6 Sebab Kenapa Lelaki Perlukan Seorang Isteri! Anda Tergolong Dikalangan Ini Tak?
2:25 AM
Ada orang cakap lagi seronok hidup membujang. Tapi lain pula pendapat bagi si lelaki yang sudah berkahwin.
Lelaki ni bila dah berkahwin, akan rasa sunyi sangat bila isteri tiada di sisi.
Manusia diciptakan berpasang-pasangan supaya saling melengkapi dalam kehidupan dan ini antara sebab kenapa lelaki memerlukan seorang isteri dalam hidupnya.
1. Isteri bijak menjangka

Isteri ni boleh dikatakan sebagai ‘radar’. Mereka boleh mengetahui sesuatu yang buruk sebelum perkara itu terjadi. Isteri biasanya diperlukan untuk menjadi reminder dalam setiap perkara.
2. Isteri boleh mengingati hampir segalanya

Macam-mana la wanita boleh mengingati hampir setiap perkara dan memiliki ingatan yang tajam? Tak kisah benda baik atau buruk, isteri pasti mengingatinya daripada bil air dan elektrik, hari ulang tahun sehinggalah kalendar waktu ‘subur’.
3. Isteri tutor terbaik untuk anak-anak

Isteri juga boleh menjadi ibu sekaligus tutor yang baik untuk anak-anak kerana mereka bukan sahaja mampu menyokong anak-anak dalam pembelajaran malah bantu membuat kerja sekolah.
4. Jadi teman borak

Ada la kawan nak berborak. Cerita pasal tempat kerja, gosip itu ini. Bila isteri tiada di sisi maka boleh jadi suami berborak dengan dinding je.
5. Tolong Gosok Baju Kerja

Biasa kalau pergi kerja, baju licin side tajam. Bila isteri tiada, jangan kata baju ta bergosok, belum tentu dah basuh.
6. Untuk makan sedap-sedap

Kalau bujang makan nasi bungkus je, bila dah ada isteri ni memang seronok sebab dapat makan sedap-sedap. Tu yang ramai lelaki masa bujang slim je, tapi bila dah kahwin ‘boroi’!
Hahaha...Betul tak?
-hnsv-
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.