Akibat Kanser Mak Berkerusi Roda. Lepas 2 Tahun Boleh Jalan Semula Tp Kemudian Mak Telah….

11:41 PM

Akibat Kanser Mak Berkerusi Roda. Lepas 2 Tahun Boleh Jalan Semula Tp Kemudian Mak Telah…. | Seperti yang diceritakan oleh FB Tuan Al Irfan Jani (Jom Follow LINK) | Sebagai Cancer Survivor, saya pasti, ibu saya, Ama, adalah orang yang ingin sangat ditemui oleh pesakit senasib dengannya. Jika anda ada ahli keluarga yang alami kanser, kongsikan kekuatan ini pada mereka.

Selepas dibedah, perlu jalani Kemoterapi. Proses ini yang paling panjang. Rambut gugur, sendi lenguh, gigi melemah. Ada yang terus terlantar. Makan tidak berselera.

Ada yang diuji, perlu lalui Kemo berkali-kali.

Siapa yang pernah lalui ini, dia pasti tahu, betapa peritnya proses rawatan itu.

2 tahun, Ama berkerusi roda.

Kerap muntah-muntah. Tidak bermaya. Tak boleh terkena sinaran matahari. Tak boleh sebarangan mandi. Tidur bertukar posisi.

Sebagai anak, perkara yang sangat disedihkan, adalah tak dapat menumpang derita peritnya seorang ibu.

Saya ada bertanya,
“Kawan baik Ama tak datang melawat ke?”

Ama sekadar senyum. Kelat. Kemudian, mengangguk.

Setelah dikorek-korek, akhirnya Ama berkongsi rasa sedihnya

Rupa-rupanya, kawan baiknya yang sering bersamanya sebelum ini, tidak pernah datang menunjuk muka. Saya pun boleh sebut namanya satu-satu.

Menyesal juga saya tanya soalan begini. Rasa berdosa, sebab menambah sakit hatinya seorang ibu.

*****
Dengan izin Allah, setelah lalui jerih payah, akhirnya, Ama dapat berdiri semula.

Hatinya membuak ingin ke sekolah semula. Sudah 2 tahun beliau tinggalkan sekolah. Anak-anak muridnya pasti rindu akan celotehnya.

Namun, siapa sangka.

Baru saja beberapa hari Ama simpan kerusi rodanya, tiba-tiba, Allah menguji lagi.

Kali ini, Ama tergelincir di dapur, sewaktu kami bergurau-senda anak beranak. Saya masih ingat, kami baru saja usai kenduri doa selamat di rumah.

Tulang di kepala lututnya teralih. Melalui X-Ray, nampak retak juga sedikit. Kakinya terpaksa disimen.

Doktor menasihat, lutut Ama perlu dibedah.

Tapi, kali ini, Ama menolak. Terkejut besar kami dibuatnya.

“Bukan tak percaya doktor, cuma Ama percaya ia boleh pulih sendiri.” Jawab Ama penuh bersemangat.

Ama kembali berkerusi roda.

Cuba anda bayangkan, dah dua tahun berkerusi roda. Baru saja dapat berdiri untuk beberapa hari, Ama kena kembali berkerusi roda.

Lebih menyayat hati, menurut doktor, jika tidak dibedah, mungkin bertahun-tahun perlu masa untuk lutut Ama pulih sendiri.

Kali ini, Ama tidak seperti dulu. Biar berkerusi roda, sesekali Ama bertongkat.

Pihak sekolah banyak ringankan tugas Ama. Bilik pejabat Ama dipindah ke Bengkel tingkat bawah, bersama cikgu KH yang lain.

Bila tiba waktu mengajar, Ama tak perlu pun menapak ratusan anak tangga ke kelas. Anak muridnya semua akan turun ke bawah untuk ikuti kelas.

Ya, Ama, si wanita besi, kembali mengajar.

Ama versi yang baru ini, kali ini, mengajar di mana-mana saja. Kelas tumpang. Bengkel. Kadangkala makmal. Surau. Library. Asalkan di tingkat bawah.

Abah adalah orang yang paling ‘garang’ melatih Ama berjalan semula. Biasalah apabila isteri ‘manja-manja’ tak mahu berlatih berjalan, kan. Tapi, Abah tetap juga tegas, pimpin dan bawa Ama latih berjalan. Setiap hari.

Kuasa Allah, lebih menjangkau dari sangkaan kita.

Bertahun-tahun masa yang dijangka doktor, tapi, atas kekuatan pinjaman Allah, akhirnya, Ama kembali berjalan.

ENAM BULAN. Cuma 6 bulan, Ama ‘dapat’ semula kakinya.

ENAM BULAN, pendek, namun ‘panjang’ perjalanannya.

Ditambah dengan latihan kental, bersama suplemen kalsium, dan nasihat doktor sepanjang check-up.

Sebagai anak, ketabahan ibu, adalah suatu yang mahal untuk kita pelajari.

Tapi, ada lagi yang lebih mahal saya pelajari dari kisah ini.

Saya masih ingat, saya tanyakan semula, soalan yang pernah saya tanyakan pada Ama bertahun-tahun yang lalu.

“Ke mana pergi kawan-kawan baik Ama selama ni ya?”

“Ama, betulkah, kawan hanya datang pabila kita senang. Dan bila kita susah mereka hilang?”

Jawab Ama, kali ini dengan begitu damai sekali,

“Fan, sebenarnya, itu adalah kata-kata tuduhan dari seorang yang merasai telah gagal dalam hidupnya. Sebab itulah fikiran kita waktu itu cenderung menjadi negatif.

“Namun, setelah kita jernihkan fikiran, akhirnya kita pun pulih dari kegagalan. Barulah kita sedar. Sebenarnya sewaktu kita sedang susah, kita tak perasan pun kawan kita itu sedang sibuk.”

“Tapi, Ama dapat tahu, kawan baik Ama ada yang dah naik pangkat, tukar sekolah, jadi pensyarah, buat PhD, ada yang dah pencen. Ama patutnya gembira tengok kejayaan kawan-kawan Ama.”

Saya mencelah, “Tapi kan, Ama, tu kalau masa kita susah. Kenapa pula masa kita senang, mereka datang?”

Ama tarik nafas,

“Kita harusnya bersyukur, sebab Allah nak suruh kita bantu kawan-kawan kita ni. Mestilah kita tak sampai hati tengok kawan kita susah, kan? Tolong orang yang kita kenal, seronoknya lain berbanding tolong orang yang kita tak kenal.”

Akhirnya, kata-kata Ama di baris ini, benar-benar telah mengubah cara pandang saya tentang erti persahabatan sebenar.

“Ifan… Sebaiknya, kita jangan tanya kenapa kawan kita lari bila kita susah, atau kenapa kawan kita datang bila kita senang.”

“Patutnya, kita tanya diri kita, adakah kita dah tolong kawan kita yang susah? Kalau tak bantu sekalipun, harapnya kita tak jadi penyusah pula kepada kawan-kawan kita.”

Masa susah, kawan lari?
Masa senang, kawan mari?
INI ADALAH MITOS.
Ini adalah minda penuduh.

Bahagia,
hanya ada dalam diri sendiri,
Lahir dari fikiran murni.

Ama, si wanita besi,
Alhamdulillah, total sihat dan dah pencen pun.

Setiap hari adalah hari ibu buat Ama.
Juga buat ibu-ibu yang FIGHTER dalam kehidupan mereka.

p/s: Mohon KONGSI kerana mungkin ada yang perlukan motivasi seperti ini di luar sana.

Kredit : Sila follow beliau di FB Tuan Al Irfan Jani (Jom Follow LINK) | Link Post FB

The post Akibat Kanser Mak Berkerusi Roda. Lepas 2 Tahun Boleh Jalan Semula Tp Kemudian Mak Telah…. appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : SAYALUVLISLAM

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic