Sifat kelakar dekatkan Sherry dengan jejaka utara
5:54 AM
Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad, 31, mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berasal dari utara.
Sherry bagaimanapun berkata, hubungan itu baru saja terjalin, justeru meminta supaya peminat dan orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu.
Malah, beliau juga sibuk merencana perjalanan kerjaya seninya sempena tahun baharu 2016 ini.
"Kami baharu saja mengenali satu sama lain, tetapi menjadi rapat kerana karakter 'gila-gila' kami. Malah, dia juga menerima saya seadanya dan saya selesa menjadi diri sendiri apabila bersama dengannya.
"Selain itu, dia juga memainkan peranan sebagai seorang pendengar yang setia. Kiranya, dia menjadi tempat mengadu dan memberikan nasihat untuk berhadapan dengan masalah yang saya hadapi.
"Namun, buat masa ini kami hanya berkawan baik. Lagipun, jodoh dan ajal itu adalah rahsia Allah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Sherry sibuk menjalani latihan program Juara Parodi bersama-sama gandingannya, Zulin Aziz dan Zahid Baharuddin.
Sumber bharian
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.