Kalau Nak Sihat, Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Sarapan Pagi!

9:37 PM

Lepas bangun pagi apa korang selalu buat? Ada yang terus capai tuala, mandi dan terus sarapan pagi.
Tapi, cara tu tak tetap menyegarkan waktu pagi anda kan? Kadang-kadang bila bangun pagi je dah tak ada mood. Sebab apa?
Kajian mendapati, mereka yang mempunyai rutin waktu pagi yang baik mempunyai tahap kesihatan yang baik, serta sentiasa berfikiran positif.
Mungkin anda boleh lakukan 5 cara ini untuk kualiti hidup yang sihat!

Minum Air

1
Bangun je tidur, minum air kosong terlebih dahulu. Tak pun minum air suam yang ditambah lemon. Kelebihannya adalah untuk membersihkan organ-organ dalaman.

Stretching

2
Selepas mandi, jangan lupa strething badan anda untuk meransang sistem peredaran darah dan untuk memastikan tubuh anda bersedia menghadapi hari yang baru.

Senaman Ringan

3
Sebelum sarapan pagi, anda boleh lakukan senaram ringan supaya anda lebih bertenaga.

Mandi Dulu, Baru Makan

4
Makan sebelum mandi tidak baik untuk penghadaman. Jadi mandi la dulu gosok gigi semua. Takkan nak makan dengan ‘taik gigi’ sekali.

Meditasi, Bukan Sambung Tidur Balik OK!

5
Bermeditasi di waktu pagi mampu membersihkan fikiran anda dan memastikan ia stabil. Kenapa kena lakukan ketika waktu pagi? Pada waktu tersebut fikiran anda lebih terbuka.
P/S: Tapi semua ni anda boleh buat kalau bangun awal je. Mohon terasa!
-hnsv

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic