AWAS! Bahaya Penyakit Lupus
9:18 AM
Lupus merupakan penyakit yang berkait dengan kekebalan tubuh manusia. Penyakit ini juga dikenal sebagai penyakit autoimune. Seseorang menghidap penyakit ini apabila terjadi anomali pada sistem dan kerja sel pertahanan tubuh manusia. Sel pertahanan tubuh yang seharusnya melindungi tubuh dari masuknya kuman atau gangguan eksternal lain, tetapi menyerang tubuh pemiliknya sendiri.
Lupus biasanya mudah menyerang kaum wanita berbanding lelaki dengan perbandingan 9:1, ini kerana faktor hormon wanita dan biasanya menjangkiti wanita muda.
Cara mengubati Penyakit lupus bergantung pada tanda-tanda dan gejala yang muncul saja, kerana biasanya tidak semua gejala muncul pada seseorang.
Lupus merupakan penyakit kronik yang memerlukan perubatan jangka panjang, maka gejala dan tanda yang muncul pun tidak harus semua diubati kerana harus dipertimbangkan dengan cermat mengenai manfaat dan risikonya (efek samping ubat).
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.