­
­

5 Cara Korang Boleh Buat Bila Berdepan Rakan Si Mulut Murai!

2:20 AM

Bila ada kawan yang ramah dan disenangi memang okay. Tapi, kalau dapat yang banyak cakap macam mulut murai, penat juga nak melayan.
Kadang-kadang sampai tahu tahap, kita jadi tak tahan bila deorang ni cakap non stop.
Jika ada kawan yang jenis macam ni, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengawal dan mengelak.

Tunjuk muka bosan

kim-kardashian-kanye-west-engagement-gifs-bored
Tunjukkan reaksi yang anda tak berminat nak dengar cerita mereka. Tapi jangan la lebih-lebih. Mungkin anda boleh menguap atau tongkat dagu tanda bosan. Mesti mereka akan faham.

Ubah topik

ffaf202c67fb7d09b9c7787967a819a6
Ubah perhatian rakan anda tu dengan bertanyakan soalan tentang perkara lain atau kongsi cerita lain. Kalau boleh cakap tentang sesuatu yang mereka tak tahu.

Tengok telefon

tumblr_inline_mrxe0c5ox71qz4rg-54f5d20ba000e
Ambil je telefon bimbit dan pura-pura sibuk. Dia sendiri akan bertanya apa yang kita sedang lihat dan akan berhenti bercakap. Jika dia kawan baik kita, dia tidak akan kecil hati.

Tegur dengan cara melawak

tumblr_m1vv0tUsLE1qlg9p7
Jika mereka tu kawan baik anda dan anda boleh menegurnya, suruh je la dia berhenti cakap kejap dengan cara melawak. Jangan pulak anda bercakap dengan nada serius. Terasa dia nanti.

Lakukan aktiviti yang tak banyak berborak

image0074
Kalau dah tahu kawan anda tu mulut becok, pilih aktiviti yang sesuai kalau nak melepak seperti menonton wayang, bersukan atau karaoke. Tak ada la dia membebel dan telinga tak sakit.

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic