4 Manfaat Kecantikan Menggunakan Ais Batu Pada Wajah
8:51 AM
Siapa yang tidak ingin dipuji cantik berseri? Semua wanita pasti ingin mendapatkan pujian yang sama untuk kulit wajahnya.
Jadi cantik itu tidak semestinya perlu mahal atau menyakitkan, anda boleh menjaga kulit cantik hanya dengan ais batu.
Sambil menonton televisyen, ambil dua ketul ais dan sapukan pada wajah.
Menyegarkan kulit
Ais batu yang sejuk dan diurut pada wajah akan melancarkan peredaran darah di sekitar kulit wajah. Rawatan ini akan segera mencerahkan kulit yang kusam. Jika anda tidak mempunyai masa untuk memakai pelbagai barangan kosmetik, anda boleh menggunakan ais batu untuk memudahkan aplikasi mekap.
Rawatan kulit berjerawat
Letakkan ais pada jerawat anda untuk untuk mengurangkan keradangan. Lakukan rutin ini setiap hari untuk mendapatkan kulit cantik semulajadi dan untuk mempercepatkan penyembuhan jerawat.
Mengecilkan liang-liang
Sebenarnya liang-liang tidak boleh mengecil, namun jika anda menggunakan ais batu secara rutin, rawatan ini akan membersihkan liang-liang yang terbuka dan membantu menutup pori-pori agar tidak jadi tempat kepada debu dan bakteria.
Mengurangkan mata bengkak
Mata yang bengkak kerana kurang tidur atau kebanyakan nangis? Ambil ais batu dan tekan pada mata anda perlahan-lahan. Jika terlalu sejuk, anda boleh membungkus ais batu dengan kain tipis dan menuam mata beberapa saat.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.