­
­

10 Fakta “Cool” Tentang Buah Delima Yang Anda Tidak Tahu!

8:44 AM

Buah Delima atau nama lainnya Pomegranates, dikenali sebagai buah sihat.
Tapi, ramai yang tidak menggemarinya kerana rasanya yang manis kosong.
1. Baik untuk kulit & anti-radangJangan tak suka! Sebab banyak khasiat dan kebaikan yang anda boleh dapat dari buah merah ni!
botox
Kajian dari Case Western Reserve University mendapati, buah delima mampu memberi kelegaan daripada keadaan radang kronik dan mempunyai kesan anti-penuaan.
2. Ia baik untuk jantung

compressed_ezgif.com-optimize
Jus delima kaya dengan polifenol. Kajian dari Johns Hopkins University School of Nursing mendapati, ia baik untuk jantung dan membantu mengurangkan tekanan darah.

3. Ia juga boleh menurunkan berat badan

tumblr_maipth2oZo1rq0hnm
Penyelidik Cina mendapati bahawa polifenol dalam delima membantu mengurangkan obesiti yang disebabkan oleh diet yang tinggi lemak dan melindungi daripada gangguan metabolik.

4. Melindungi kulit anda daripada kerosakan

hanyul-essential-skin-softener-in-show
Antioksidan yang kuat dan anti-radang, buah delima membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, menurut kajian dari University of Wisconsin, Madison.

5. Wah, boleh meningkatkan kesihatan seksual

giphy
Jus delima juga mampu meningkatkan aliran darah. Kajian mendapati jus delima mampumeningkatkan kesihatan seksual pada mereka yang mati pucuk.

6. Ia melindungi hati anda

Heartbeat
Penyelidik Cina mendapati bahawa polifenol dan flavonoid, komponen antioksidan utama dari buah delima, mampu menjaga anda dari risiko terjadinya kerosakan hati.

7. Membantu melawan jangkitan

tumblr_mkizbx6dki1s25i89o1_500
Delima telah diiktiraf untuk kesan antimikrob. Sebagai contoh, serbuk kering daripada kulit buah delima telah terbukti menghalang anda dari jangkitanVIRUS.

8. Memudahkan wanita sewaktu bersalin

anigif_optimized-26021-1423728475-22
Kajian dari University of Liverpool mendapati, ekstrak buah delima mempunyai potensi agar rahim mudah mengembang sewaktu bersalin dan tiada masalah untuk melahirkan.

9. Melindungi dari radang sendi & tulang lebih kuat

giphy (1)
Saintis Amerika mendapati buah delima membantu mengurangkan artritis teruk dan keradangan sendi serta membantu menjaga tulang anda.

10. Menjaga kesihatan otak & jadi lebih bijak

giphy (2)
Kajian oleh Universiti Huddersfield mendapati sebatian polifenol yang ada dalam buah delima, menghalang keradangan dalam sel-sel otak, serta mencegah dari Alzheimer.

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic