Gempar! Ditinggalkan Bekas Suami, Emma Akma Hampir Bunuh Diri

12:42 AM



Sedih juga kami baca kisah terbaru pelakon Emma Akma ini yang dipergunakan bekas suami untuk mendapatkan hak penjagaan anak dari perkahwinan yang terdahulu. Disangka akan bahagia dengan lelaki pilihan, rupanya ada agenda peribadi disebaliknya.

Emma Akma mungkin nama yang tidak selalu kedengaran di media massa namun bagi yang mengenali pelakon ini pastinya tahu yang beliau sudah mendirikan rumah tangga dengan Omar Ramli yang berumur 48 tahun sekitar tujuh bulan yang lalu.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Emma Akma yang kini berusia 47 tahun mengakui sudah bercerai dengan suaminya itu pada 14 Januari lalu selepas beliau membuat permohonan cerai fasakh pada Ogos 2015.

“Selepas empat kali kes sebutan Omar tidak hadir, pihak Mahkamah memutuskan kami bercerai talak satu secara fasakh. lhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan menyifatkan perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak,” ujarnya.

“Selepas kami bernikah, saya terus ditinggalkan olehnya. Kemudian, saya memujuknya dan dia pulang untuk seketika. Saya mendapat tahu, rupa-rupanya ada sebab dia ingin berkahwin dengan saya, iaitu untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya semula. Terduduk saya apabila diperlakukan sebegitu”

“Sudahlah saya ditinggalkan, dia tidak mahu menceraikan saya pula. Ditambah dengan penyakit busung yang saya terpaksa lalui sebelum ini, saya hampir bunuh diri. Mujur saya masih waras dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan”

“Memandangkan dia tidak mahu melepaskan saya, saya mengambil tindakan dengan membuat permohonan fasakh pula. Alhamdulillah, kini saya bangkit semula,” tambahnya yang tidak menolak jika ditakdirkan bernikah lagi kelak.

00001 Emma Akma Hampir Bunuh Diri Kerana Bercerai - ROTIKAYA

00002 Emma Akma Hampir Bunuh Diri Kerana Bercerai - ROTIKAYA

-rtky

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic