Wanita Tak Peduli Keselamatan, Sanggup Gadai Nyawa Demi iPhone!

10:35 PM

 
Di Liuzhou, China, seorang wanita sanggup bergadai nyawa dengan terjun ke dalam tasik semata-mata untuk ‘menyelamatkan’ telefon pintar iPhone 5 miliknya yang terjatuh.
 
Kejadian berlaku ketika wanita itu bersiar-siar di Taman Longtan sebelum telefonnya terjatuh ke dalam tasik.
 
Tanpa berfikir panjang dan tidak hiraukan bahaya yang mungkin menimpa, wanita berkenaan terus terjun ke dalam tasik dan menyelam untuk mencari telefon miliknya itu.
 
Seorang saksi berkata, dia berjalan di taman itu sebelum mendengar bunyi percikan air kuat.
 
iphonelake2
 
Dia sangkakan ada orang terjatuh dan segera ke tempat kejadian sebelum melihat seorang wanita berenang di tasik tersebut.
 
“Wanita itu berada tidak jauh dari tebing dan saya melihat dia beberapa kali menyelam di dalam air.
 
“Tidak lama kemudian wanita itu timbul sambil memegang telefon bimbitnya dengan perasaan gembira,”katanya.
 
iphonelake4
 
Sementara itu, pihak pengurus taman memberi amaran, tindakan wanita itu sangat bahaya kerana tasik berkenaan mempunyai kedalaman lebih dua meter.
 
Tindakan wanita itu tidak mengejutkan kerana golongan muda di China sanggup buat apa sahaja untuk miliki telefon pintar iPhone.
 
-hanasuva

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic