Terbaru! Biru Menawan di Majlis Resepsi Akim & Stacy
7:20 AM
KOTA KINABALU : Majlis resepsi pasangan pengantin, Akim Ahmad, 25, dan Stacy, 26, berlangsung meriah dengan tema biru di Hotel Shangri La Tanjung Aru, di sini, malam ini.
Sejurus disambut dengan bacaan selawat, pasangan bintang Akademi Fantasia (AF) itu diraikan dengan persembahan pembukaan oleh teman rapat Akim Iaitu Hazama yang mendendangkan lagu Sampai Mati. Stacy atau nama penuhnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam anggun menggayakan busana biru diraja rekaan Raffiey Nasir. Akim pula tampak segak dengan persalinan yang direka khas oleh Taufik Nong.
Rakan artis seperti Hafiz Suip, Marsha, Faizul Sany, Velvet, Rich Estranged dan ramai lagi turut hadir bagi meraikan pasangan merpati dua sejoli itu. Akim dan Stacy dinikahkan pada jam 10.15 pagi tadi.

-bharian
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.