SAYU! Kasih Ibu Membawa ke Syurga. Kasih Anak Tiada Tandingannya. Jom Saksikan Kisah Sedih Ini.
7:41 AM
Gambar tersebut rupanya adalah foto seorang lelaki yang sudah berusia 62 tahun dan bernama Ding Zhu Ji . Beliau sedang berada di salah satu hospital di China untuk menghantarkan ibunya.Ibu beliau yang sudah berusia sangat tua , uzur dan mengalami patah tulang , akhirnya digendong oleh Ding Zhu Ji ke hospital. Ia melakukannya kerana berfikir bahawa menggendong ibunya ke hospital akan lebih cepat sampai dan dirinya tidak akan merasa terlalu lelah walaupun menggendong ke sana.
Lelaki ini sama sekali tak menduga bahawa apa yang ia lakukan akan mencuri perhatian ramai orang. Pemandangan yang begitu menyentuh ini kemudian diabadikan oleh seseorang dalam bentuk foto yang kini beredar luas di internet. Selain itu , CCTV hospital juga sempat merakam momen di mana lelaki ini menggendong ibunya yang nampak seperti bayi.
Ibu beliau yang sudah berusia 85 tahun , namun Ding Zhu Ji mengisahkan bahawa ia sangat berhutang budi pada ibunya. Ketika masih mengandung Ding Zhu Ji usia 6 bulan, keduanya nyaris dilempar ke laut kerana ibunya tidak sengaja menghilangkan kad pengenalan naik perahu bersama prajurit Taiwan. Ramai orang yang memohon agar ibu Ding Zhu Ji yang sedang mengandung itu tidak dilempar ke laut, hingga detik -detik menegangkan itu berubah melegakan kerana ada orang yang mencari dan mejumpai kad pengenalan mereka.

Ding Zhu Ji juga merasa bersalah kerana tak menjaga ibunya dengan baik sehingga mengalami patah kaki kiri . Ding Zhu Ji pernah sangat ingin membawa ibunya yang sudah tua dan mula nyanyuk untuk pulang dan menemui saudara di China . Sayangnya sebelum sempat, ibunya sudah kehilangan ingatannya dan hal itu membuatnya sangat menyesal.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.