Robert Kuok Kekal Individu Paling Kaya Di Malaysia Kali Ke-11
9:19 PM
Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut dengan aset bersih bernilai AS$10 bilion (RM42.1 billion).
Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia selain menerusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.

Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$2.3 bilion hingga AS$7.4 bilion.
Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi.
Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas selepas Netflix memasuki negara pada Januari.

Pemilik Hong Leong Co, Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga walaupun aset bersihnya menguncup kepada AS$300 juta berbanding AS$5.3 bilion sebelum ini.
Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia:
1) Robert Kuok – ASS$10 bilion
2) Ananda Krishnan – AS$7.4 bilion
3) Quek Leng Chan – AS$5.3 bilion
4) Teh Hong Piow – AS$4.65 bilion
5) Lee Shin Cheng – AS$4.6 bilion
6) Lim Kok Thay – AS$4.55 bilion
7) Yeoh Tiong Lay – AS$2.25 bilion
8) Lau Cho Kun – AS$1.55 bilion
9) Syed Mokhtar AlBukhary – AS$1.45 bilion
10) Surin Upatkoon – AS$1.15 bilion
Bernama
- hanasuva
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.