­
­

LOGO TERBAHARU PROTON DIPERKENALKAN

3:42 AM


PROTON HOLDING BERHAD HARI INI MEMPERLIHATKAN LOGO HARIMAU BAHARU SYARIKAT ITU DI LAMAN FACEBOOK RASMI MEREKA.

Logo terbaharu tersebut dilihat lebih menonjolkan elemen tiga dimensi yang di datangkan dengan tagline yang lebih segar Its in the Drive!.

Proton logo baharu
Tun Dr. Mahathir Mohammad bersama CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Menurut mereka, logo tersebut memperlihatkan era baharu Proton, yang mana merupakan satu janji, sikap dan komitmen baharu syarikat tersebut kepada semua pengguna.

Seperti sebelum ini, logo baharu Proton turut didominasi dengan elemen kepala harimau yang dilakar di dalam bulatan dan lambangnya pula berwarna hitam dan perak.

logoproton3

Walau bagaimana pun, perkataan PROTON telah dibuang, dan kepala harimau telah diposisikan sedikit tinggi.

Malah bulatan tersebut juga lebih nipis agar menonjolkan impak yang lebih 3D.
Proton turut mengesahkan logo baharu ini akan ditampilkan pada semua model baharu dan faceliftpada masa yang akan datang.

Sudah pasti Perdana 2016 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi akan menjadi model pertama yang ditampilkan dengan logo baharu ini.

Disusuli model Saga dan Persona edisi 2016 yang juga akan dilancarkan pada tahun ini juga.
Menurut ura-ura juga, dikhabarkan Proton akan membawa masuk Suzuki Ertiga yang akan diperkenalkan semula melalui kerjasama antara Proton dan Suzuki.-MYNEWSHUB.CC


You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic