Harimau Ini Diberi Makan Kambing Hidup, Tetapi Anda Pasti Terkejut Apa Yang Terjadi Selepas Itu
1:39 AMZoo seringkali memberikan haiwan hidup untuk makanan harimaunya. Perkara itu mereka lakukan untuk tetap mempertahankan sifat semulajadi haiwan tersebut.
Salah satunya seperti yang dilakukan oleh sebuah zoo di Rusia ini. Si penjaga memberikan seekor kambing hidup untuk makanan harimau yang bernama Amur.
Namun, kejadian yang menarik berlaku. Bukannya dimakan, Amur justru menjalin persahabatan dengan kambing tersebut.
Amur yang terbiasa menerkam kambing atau arnab justru menolak memburu kambing yang diberi nama Timur itu. Timur juga tidak menampakkan rasa takut sedikitpun di depan harimau tersebut.
Kejadian ini tentu saja mengejutkan pihak zoo. Meskipun begitu, mereka kelihatan senang dengan persahabatan dua haiwan tersebut.
Saat ini Amur dan Timur hampir tidak pernah dipisahkan. Pengunjung juga sangat menikmati interaksi dua haiwan itu.
-zspoon
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.