GELI TENGOK! JUBAH ABANG SADO DIKRITIK NETIZEN DI MEDIA SOSIAL

2:09 AM



Dari tradisi baju melayu dan kain samping, trend pakaian tradisional lelaki pada masa kini tampildalam versi jubah, kurta dan banyak lagi dengan variasi warna yang pelbagai.

Maka ada di kalangan pereka fesyen tempatan yang terlebih berani cuba membuat kelainan dengan menampilkan koleksi pakaian ala tradisional ini kepada elemenhipster sehingga boleh mengudang kritikan orang ramai.

Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan pelancaran Jubah Pahlawan oleh Farbel Exclusive yang dikatakan direka mengikut trend terkini.

Koleksi pakaian tersebut dikongsi oleh pengguna Facebook, Rizal Hakimm menerusi posting yang dimuat naik pagi semalam.

jubah5
Pengenalan Jubah Pahlawan itu dibuat dengan menampilkan beberapa jejaka-jejaka berbadan tegap atau lebih dikenali dengan panggilan abang sado.

Rekaan moden inspirasi Jepun itu dilancarkan dengan aneka warna, antaranya ialah merah jambu, biru dan kuning.

jubah
Susulan itu, pelbagai reaksi membanjiri media sosial berkenaan koleksi pakaian tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial mengkritik rekaan jubah tersebut dengan menyifatkan ia berkelihatan pelik melampau.

Antara komen yang ditujukan ialah jubah tersebut berkelihatan sebagai pakaian ibu bersalin, sebagai jubah golongan wanita dan jubah pakar perubatan.

Ada juga menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka di media sosial.

jubah3
Apa-apa pun, ia bergantung kepada citarasa masing-masing. Fesyen adalah suatu yang universal dan jika anda berani mencuba, silakan.

Apa yang menjadi persoalannya, adakah ia mampu membawa satu nilai positif terhadap aspek budaya masyarakat Melayu di negara ini ataupun suntikan urbanisasi tersebut tak lebih sekadar eksperimen yang muncul atas dasar nak cuba kelainan.

Jujurnya apa yang boleh kami rasakan ialah rekaan jubahbak ibu bersalin ini terang-terang bukantaste kami.-MYNEWSHUB.CCC

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic