7 Fesyen Yang Wanita Gayakan Ini, Sebenarnya Dibenci Oleh Lelaki!
9:05 PM
Wanita selalu terkejar-kejar dengan tren fesyen terkini sampai tak ambil kira sama ada ianya bersesuaian ataupun tidak.
Mungkin nampak cantik di mata mereka, tetapi nampak buruk di mata orang lain, lebih-lebih lagi lelaki.

Legging

Legging memang selesa dan menjadi pilihan. Lebih tren jika ada corak. Tapi, lain pula di mata sesetengah lelaki. Mereka anggap legging adalah sehelai seluar yang aneh.
Sandal Gladiator

Ada setengah gadis sukakan keunikannya. Tetapi tidak pada lelaki! Mereka tak suka sesuatu yang merimaskan. Soalan sinis yang mereka akan tanya, “Tak rimas ke you pakai kasut tu?”
Tudung berlilit

Gadis bertudung memang manis di pandang. Tapi, kalau tudung dah berlilit dan berlapis-lapis, jangan kata lelaki, orang sekeliling pun naik rimas tengok. “Tak panas ke pakai tudung berlapis-lapis ni”
Boots

Di luar negara, orang pakai boots di musim sejuk kerana nak mengekalkan suhu panas pada badan. Tapi kalau di Malaysia, yang pakai boots tu nak panaskan apa ya?
Jumpsuit

Jumpsuit adalah pakaian ‘one piece’ yang bersambung daripada bahagian atas hingga ke bawah. Mesti lelaki akan fikir, “Macam mana dia ni nak “membuang” kalau pakai baju macam ni?”
Seluar Harem

Seluar ini penah menjadi tren masa dulu. Sekarang ni ramai gadis-gadis gayakan semula fesyen ni. Rasanya kalau setakat keluar pergi pasaraya mungkin okay di mata lelaki, tapi kalau sampai pergi dating, mau tak jelik?
Pakaian berwarna neon

Warna neon memang cantik terutamanya pada aksesori seperti rantai dan beg. Tapi, tahukah anda bahawa lelaki paling tak faham jika wanita boleh pakai pakaian bewarna neon sambil berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku?
-hanasuva
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.