Zizan belum ada calon!
5:26 AM
Sebelum ini, pelawak dan pelakon Zizan Razak pernah mendedahkan akan menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya, namun perkara itu senyap begitu sahaja sehingga mengundang tanda tanya ramai.
Persoalan itu bagaimapun terjawab apabila dia yang mengadiri majlis tayangan telefilem Oh My Ganu 2 kelmarin menegaskan belum bertemu calon sesuai.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak mengakui sudah lama menyimpan niat untuk mendirikan rumah tangga, namun buat masa ini mahu fokus pada karier terlebih dahulu.
“Memang sudah lama saya berhasrat mendirikan rumah tangga, namun belum ada calon sesuai.
“Apabila calonnya sudah ada nanti saya akan maklumkan kepada semua. Perkara baik tak perlu disembunyikan,” katanya.
Berbicara mengenai azam tahun baru pula, pelawak dan pelakon terkenal itu berharap tidak terpalit dengan kontroversi lagi.
“Saya anggap cerita panas sebelum ini sebagai ujian dan tidak pernah memintanya berlaku.
Sumber: hmetro
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.