Syura Diceraikan Dengan Talak Dua
7:21 PMTidak mahu orang ramai keliru mengenai status hubungannya bersama bekas suami, penyanyi Syura dan juga bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua mengakui bahawa dia kini sudah pun bercerai namun tidak mendedahkan perkara berkenaan bagi menjaga hati banyak pihak.

“Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebenar. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal. Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami,” katanya yang diceraikan talak dua oleh suaminya kepada BH Plus.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, Syura tidak menolak jika dia dijodohkan bersama bekas suaminya kembali atau mana-mana lelaki lain yang serius untuk menjadikannya sebagai isteri dan bersedia menjadi ketua keluarga.
-rtky
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.