Remy Ishak Bawa Ibu Tunai Umrah Penghujung Januari Ini
5:38 PMKehadiran 2016 membawa azam baru kepada pelakon Remy Ishak selain mahu menunaikan janjinya untuk membawa ibunya menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah pada penghujung Januari ini selama sembilan hari.

“Biarpun jadual kerja saya agak padat pada bulan ini, namun tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk melawat tempat Nabi harus diutamakan. Jadi, sehari selepas menjalani penggambaran di New York, saya akan ke Makkah pula”
“Semoga perjalanan saya ke Tanah Suci akan dipermudahkan dan segala urusan berjalan lancar. Saya teruja kerana berpeluang untuk ke sana dengan kesihatan yang masih baik. Walaupun pelbagai cerita singgah ke telinga, apa yang penting sebagai umat Islam kita perlu menjaga adab dan akhlak sepanjang berada di sana”
“Apatah lagi tujuan kita ke sana adalah untuk beribadat dan mendekatkan diri dengan agama,” jelasnya kepada BH Online. Apa pun, semoga perjalanan Remy dan ibunya akan dipermudahkan.
Sumber: rtky
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.