Rahsia Kejayaan Datuk Seri Vida, Solat Hajat 10 Kali Sehari & Berzikir!
7:28 AM
Datuk Seri Vida bukan lagi nama asing di Malaysia. Trademark ‘Qu Puteh..Qu Puteh Barulah Puteh’ yang diperkenalkan oleh usahawan berjaya ini, ternyata menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia.
Namun, bagi Datuk Seri Vida, kejayaan yang dicapai sehingga hari ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Rasanya, pasti ramai yang nak tahu, apakah rahsia disebalik kejayaan wanita hebat ini.
Tip 1: Solat hajat 10 kali sehari
“Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,” katanya.Tambahnya lagi, beliau tidak pernah meninggalkan kewajipannya pada Yang Maha Esa walaupun sudah berjaya dan terkenal.
Tip 2: Amalkan zikir dan selawat
Menurutnya lagi, sejak kecil dia sudah diajar untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian selain sentiasa berdoa memohon agar diampun dosa tanpa mengira waktu.
“Amalan ini saya buat dari kecil selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa malah saya sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.
“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian saya ini dianggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini menjadi ikutan.
Harian Metro
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.