Punca Sebenar Zayn Malik Meninggalkan One Direction. Ada Yang Belum Tahu.
12:12 AMBEKAS anggota One Direction, Zayn Malik mendedahkan punca sebenar dia mengundurkan diri kerana tiada diberikan ruang untuk menjadi seorang yang kreatif dalam penghasilan muzik kumpulan itu.
Malah kata Zayn semua idea berhubung arah tuju muzik kumpulan itu ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusannya.
“Jika saya cuba menyanyi dengan cara R&B atau menjadi diri saya ia tidak dapat diterima dan saya perlu merakamkan vokal saya berkali-kali sehingga saya mengikut kehendak mereka.
“Idea saya juga tidak dipedulikan dalam memperbaiki mutu muzik dan persembahan One Direction itu sendiri,” katanya kepada Mirror.
One Direction kini dianggotai oleh Liam Payne, Niall Horan, Louis Tomlinson dan Harry Styles.
“Kononnya kami terlibat secara langsung dalam penerbitan termasuk penulisan lirik dan lagu untuk album kami tetapi itu semua hanya rekaan.
“Kami telah diberikan segala-galanya dan cuma merialisasikan konsep dan impian pihak pengurusan,” dedahnya lagi.
Sumber dipetik dari Mstar.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.