Nas-T & Atita Haris Confirm Nikah 4 Mac 2016
7:37 PMJika sebelum ini, ada yang mengatakan bahawa Nas-T dan juga Atita Haris menghadiri kursus kahwin bersama, melalui Harian Metro, pelakon lelaki tersebut mengakui bakal mendirikan rumah tangga bersama Atita pada 4 Mac hadapan.
“Saya tahu status Atita sejak hari pertama berkenalan lagi. Bagi saya status bukanlah halangan dalam sesebuah hubungan. Lagipun perkara ini berkaitan dengan jodoh yang sudah ditetapkan Allah SWT. Tidak adil untuk menilai seseorang disebabkan status yang dimiliki”
“Alhamdullillah, segala perancangan dipermudahkan. Syukur kedua-dua keluarga juga merestui hubungan kami. Itulah yang paling penting. Buat masa sekarang, persiapan kahwin sudah siap 70 peratus. Tinggal lagi beberapa perkara kecil untuk diselesaikan”
“Sejak itu, kami semakin rapat dan membawa hubungan ini ke fasa serius,” jelasnya kepada Harian Metro.
Kita doakan semoga segala persiapan pasangan ini akan berjalan lancar.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.