Muka Berminyak Sampai Boleh Masak ‘Telur’? Hindari 5 Makanan Ini!

4:42 AM

“Eh muka kau berminyak gila. Ni kalau masak telur pun boleh.”
Siapa pernah kena bahan sampai macam ni dek kerana kulit wajah berminyak?
Orang lain ingatkan muka anda tu glowing, tapi tak tahu tu sebenarnya berminyak.
Lebih sakit hati, kulit berminyak buatkan jerawat bermaharajalela.
Haa…kalau nak kan kulit bebas dari minyak, cuba perhatikan cara pemakanan anda. Mungkin ada makanan yang anda perlu hindari.

1. Makanan berminyak

1
Makanan berminyak akan memburukkan keadaan kulit berminyak anda dan mendorong kelenjar kulit mengeluarkan lebih banyak minyak.

2. Daging merah

2
Daging merah kaya dengan lemak trans yang memperbanyakkan rembesan minyak pada kulit. Cuba hadkan pengambilan daging merah dan gantikan dengan ayam atau ikan.

3. Produk tenusu

3
Susu dan produk bersusu juga meningkatkan risiko kulit berminyak. Produk susu menyebabkan hormon menyumbat pori-pori dan buatkan kulit lebih berminyak.

4. Makanan & minuman manis

4
Siapa yang suka minum dan makan benda manis-manis? Makanan manis akan mengubah kadar glukos darah dan menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan.

5. Makanan kaya karbohidrat

5
Hah..makanan karbohidrat pun boleh jadi punca? Ya, makanan ini mempunyai indeks glycemic yang tinggi dan cenderung untuk meningkatkan pengeluaran minyak pada kulit.
-hnsv

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic