Lelaki Ceraikan Isteri Gemuk, Untuk Kahwin Dengan Wanita Yang Lagi Gemuk!
6:47 PM
Nasib malang menimpa seorang wanita dari Portsmouth, Hampshire, England, apabila dia ditinggalkan suaminya yang ingin bersama seorang wanita yang jauh lagi gemuk daripadanya.
Victoria Clarke, 38 tahun, merupakan janda anak tujuh berkahwin dengan Chris Clarke, 50 tahun, seorang pemandu teksi pada Mei 2014.

Victoria Clarke
Mereka bertemu apabila Victoria menaiki teksi milik Chris. Ketika itu, Chris memberanikan diri meminta akaun Facebook milik Victoria untuk berkenalan dengan lebih rapat.
Selepas 6 bulan berkenalan dan dilamun cinta, Chris berpindah ke rumah Victoria. Ternyata anak-anak Victoria sukakan bakal bapa tiri mereka itu.
Namun selepas tujuh bulan berkahwin, Chris mula menunjukkan sikap pelik dan panas baran. Victoria yang kurang senang dengan sikapnya, bertindak untuk menyiasat.
Chris juga sering meminta wang dari Victoria dan adakalanya, dia tidak pulang ke rumah dan beri alasan tertidur dalam kereta.


Jurgita Malinauskiate bersama Chris
Akhirnya, Victoria mendapat tahu suaminya sedang bercinta dengan seorang wanita bernama Jurgita Malinauskiate dari Lithuania yang memiliki rupa paras sepertinya namun, saiz badan wanita tersebut tiga kali lebih besar darinya.
Victoria cuba mempertahankan rumah tangganya namun Chris tidak melakukan apa-apa untuk membetulkan kesilapannya.
Akhirnya, Victoria nekad untuk bercerai agar suaminya hidup bahagia dengan Jurgita.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.