Konsert Madonna di Singapura diklasifikasikan R18

9:20 PM


Madonna akan mengadakan persembahan di Singapura dan penganjur mengesahkan Konsert Madonna Rebel Heart Tour bakal menghangatkan republik itu pada 28 Februari ini. 

Namun, konsert jelajah dunia yang mula dilancarkan September lalu di Kanada itu hanya dibuka kepada penonton berusia 18 tahun ke atas. 

Penganjur konsert, Mediacorp VizPro mengesahkan Konsert Madonna Rebel Heart Tour di Singapura diklasifikasikan R18 iaitu di bawah 'Sexual References' dan dianjurkan satu malam saja. 

Pengumuman itu dibuat melalui status Facebook di laman rasmi syarikat terbabit. "Jadi hanya individu berusia melebihi 18 tahun dibenarkan masuk ke stadium," kata penganjur. 

Namun, ini bukan kali pertama persembahan mega pop di republik itu diklasifikasikan kandungan dewasa. Ini kerana konsert Adam Lambert pada tahun 2013 juga diletakkan di bawah kategori 'Advisory 16 and Above'. 

Pas VIP paling mahal Mengikut kenyataan media, Konsert Madonna Rebel Heart Tour akan diadakan di Singapore National Stadium. Kaunter tiket mula dibuka Selasa depan di Box Office Stadium, premis SingPost atau melalui online via Sports Hub. 

Pemegang kad Citi daripada Citibank berpeluang merebut pembelian prajualan tiket yang dibuka selama dua hari mulai Sabtu ini disusuli pemegang kad OCBC pada Isnin depan. 

Tiket dijual pada harga RM331 hingga RM2,049 manakala tiket VIP diedarkan pada kadar RM3,952 setiap satu. 

Ini menjadikan pas masuk konsert untuk VIP paling mahal di Singapura setakat ini. 

Singapura adalah satu daripada lokasi jelajah Ratu Pop berusia 57 tahun itu di Asia yang turut membabitkan Jepun, Hong Kong, Taipei, Macau, Bangkok dan Manila.

Sumber: bharian

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic