Kamera Nipis Seperti Kertas Yang Pertama Di Dunia

1:16 AM

 
10 tahun lalu, kamera analog merupakan kamera utama menerajui teknologi di dalam pengambilan gambar di mana pada kini telah digantikan dengan kamera digital (DSLR).
 
Ini mengakibatkan syarikat pengeluar filem seperti Kodak mengalami kerugian dan menghentikan penjualan filem tradisional.

Terdapat ribuan model kamera digital di pasaran sekarang dari DSLR berharga ratusan ribu ringgit hinggalah kamera kompak sebesar telapak tangan.

Kamera digital paling popular pula ialah yang terbina pada setiap peranti pintar yang wujud di tangan pengguna sekarang.

Paper Like A Digital Camera ialah sebuah lagi kamera digital yang memasuki pasaran tetapi dengan sebuah keunikan.

Paper-Like-A-Camera-1
 
Kemera digital ini amat nipis dan tidak mengambil banyak ruang kerana hanya setebal 0.6 sentimeter.
Ia mampu mengambil gambar pada resolusi 1280 x 1024 pixel dan video berformat AVI ada resolusi 720P.

Kamera pipih ini dilengkapi sensor sebesar 1.3 Megapixel, muatan dalaman boleh ditambah menggunakan kad MikroSD sehingga 16 Gigabyte.

Buat masa ini harga permulaannya dijual pada harga 3299 Yen (sekitar RM124) sebuah.


Sumber: MYNEWSHUB.CC, DONYA



You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic