Jangan pandang remeh pada BISUL
5:35 PMBisul adalah keras, berwarna merah, menyakitkan, bengkak yang biasanya bermula sebagai jerawat atau bintil kecil pada akar rambut.
Bisul pada amnya disebabkan oleh kuman iaitu staphylococcus aureus. Sebelum bisul terjadi, kuman akan masuk ke dalam kelenjar minyak atau peluh atau akar rambut terlebih dahulu.
Seseorang itu mudah diserang bisul apabila daya ketahanan badan terhadap penyakit menjadi rendah, kadar metabolismenya rendah, kulit tubuhnya dimasuki kotoran akibat geseran pakaian atau apabila dia turut menghidapi kencing manis.
Inti bisul mengandungi terlalu banyak bakteria yang bercampur dengan sel darah putih. Ia akan menjadi lembut dan membentuk cecair nanah yang kental di sekitarnya. Nanah akan keluar melalui pecahan pada kulit.
Nanah juga mudah merebak apabila pecah. JANGAN terus memicit atau mencungkil punat nanah ini.
Seeloknya, pembalut yang dibasahkan dengan larutan garam atau bahan kimia lain yang kuat akan mempercepatkan pengeluaran nanah daripada tisu kulit ke dalam pembalut.
Bisul akan lebih cepat sembuh sekiranya semua nanah berjaya dikeluarkan.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.