Jangan Malu & Sedih, 8 Kelebihan Jika Pasangan Anda Gemuk!
10:12 PM
Mesti ramai yang rasa malu dan sedih jika pasangan atau kekasih anda gemuk.
Jangan rasa rendah diri. Kalau orang kutuk atau minta anda cari orang lain, abaikan je.
Kenapa nak rasa susah hati, sedangkan pasangan anda tu tak kisah pun dengan bentuk badan anda. Asalkan sihat dan tiada penyakit.
Sebenarnya, banyak kelebihan jika anda mempunyai pasangan yang gemuk. Baca dulu okay!
Tak perlu malu untuk makan banyak
Jika pasangan anda gemuk dan makan banyak, anda tak perlu rasa malu untuk makan banyak, sebab dia pun sama. Jadi, makan la banyak masa, tak ada sapa akan ketawakan anda atau perli.
Mereka boleh teman anda makan
Bila anda mengidam je nak makan macam-macam, pasti pasangan anda tu boleh jadi peneman. Kalau pasangan yang jenis jaga badan, makan tu tak boleh ini tak boleh. Tak best!
Boleh cuba makanan dan tempat makan baru
Dengar je ada tempat makan baru, anda boleh ajak pasangan untuk mencuba. Kalau yang jenis tak kuat makan dan jaga badan, mana la nak pergi.
Makanan tak perlu dicatu
Jika pasangan anda gemuk, mereka akan berdiet, tapi tak ada la sampai ikat perut dan tahu had makanan mereka. Tapi, kalau pasangan anda jenis jaga badan, makanan anda pun mereka akan kawal.
Ada banyak masa untuk anda
Kalau dapat pasangan yang jaga badan, masa lapang mereka hanya di gim sahaja. Tapi, kalau pasangan anda gemuk, merea hanya bersenam santai je dan ada banyak masa untuk anda.
Takkan komen tentang makanan berlemak
Bagi pasangan yang dah berkahwin, pasangan anda tidak akan komplen jika anda sajikan makanan tinggi lemak atau kalori. Mereka belasah je dan makan penuh selera.
Mereka terima anda seadanya
Disebabkan badan gemuk, mereka tidak akan minta anda untuk berubah atau membandingkan tubuh anda dengan orang lain. Mereka terima anda seadaanya dan melihat kebaikan hati anda.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.