Hanya Kerana Letak Kaki Atas Kerusi, Lelaki Ini Disaman RM322!
11:52 PM
Di Liverpool, Britain, seorang lelaki dikenakan saman sebanyak £50 (RM322) kerana meletakan kaki di atas kerusi kosong dalam sebuah kereta api.
Memetik laporan Metro.co.uk, Trinh Cuaong, 22 tahun, dalam perjalanan dari Ellesmere Port ke Hooton, Liverpool pada Jun lalu bersandar ke tingkap dan meletakkan kaki di kerusi di hadapannya.
“Tiba-tiba pegawai bertugas kereta api berkenaan mencuit bahu dan menegur saya supaya tidak meletakkan kaki pada kerusi,” katanya.Trinh berkata, dia hanya ingin berasa selesa kerana keletihan dan ia tidak mengganggu sesiapa di dalam kereta api tersebut kerana hanya lima penumpang sahaja yang ada dalam gerabak ketika itu.
Trinh merupakan warga Vietnam dan sudah menetap di United Kingdom sejak 10 tahun lalu. Dia kemudian disuruh mengisi satu borang dan menyerahkan maklumat peribadi.

Beberapa bulan kemudian, Trinh terkejut kerana menerima surat saman daripada Majistret di Bournemouth dan dikenakan denda sebanyak £ 50 (RM 322) kerana kesalahannya itu.
“Saya tidak menyangka, perbuatan meletakkan kaki di atas kerusi akan didenda. Saya fikir mungkin mereka hanya memberi amaran pertama,” ujarnya.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.