‘GuyFi’ Pondok Khas Untuk Lelaki ‘Masturbate’ & Hilangkan Tekanan!
1:26 AM
Mesti ramai yang terkejut! Ya, ianya memang benar walaupun sangat mengarut. Sebuah syarikat permainan seks telah menghasilkan idea baru dengan mendirikan pondok khas untuk lelaki ‘melancap’.
Syarikat tersebut iaitu Hot Octopuss mendirikan pondok yang diberi nama ‘GuyFi’ di bandar New York dengan tujuan supaya lelaki boleh melegakan tekanan ketika waktu rehat semasa bekerja.
Idea dan ilham pembinaan pondok khas itu adalah berdasarkan dari kajian Time Out yang mendapati, 39 peratus lelaki di New Yok mengaku bahawa mereka melancap semasa bekerja.

Pondok ini dicipta untuk membuang tabiat tersebut keluar dari pejabat dan mereka boleh lakukannya tanpa perlu menyorok.
Lebih hebat, pondok tersebut dilengkapi dengan tirai hitam, kerusi lipat, komputer riba serta sambungan internet berkelajuan tinggi.
Jurucakap dari Hot Octupuss memberitahu, waktu bekerja berikan tekanan dan disebabkan itu mereka masturbate sewaktu bekerja.
“Tidak dapat dinafikan bekerja 9 pagi hingga 5 petang boleh menyebabkan tekanan kepada badan dan fikiran terutama mereka yang bekerja di bandar yang hidup 24 jam seperti Manhattan.
“Kita berharap kaum lelaki di bandar ini boleh menggunakan ruang yang kita sediakan untuk mereka gunakan. Ia adalah percuma,’’ katanya.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.