Gadis 14 Tahun Dipaksa Layan 110 Lelaki Dalam Masa 22 Jam
8:22 PM

SEORANG wanita British, Megan Stephens (bukan nama sebenar) berkongsikan pengalamannya menjadi hamba seks seawal usia 14 tahun menerusi satu buku memori berjudul Bought & Sold.
Megan menceritakan kisah malangnya yang tertipu dengan lelaki dicintainya ketika sedang melancong ke Greece pada 2002 bersama ibunya ketika dia berusia 14 tahun.
Selepas jatuh cinta dengan lelaki Albania yang dikenali sebagai Jak, Megan meminta kebenaran ibunya untuk sambung bercuti di Greece sementara ibunya kembali semula ke tanah air mereka.
Namun, Megan menyedari cintanya dikhianati apabila Jak sebenarnya mempunyai niat jahat ingin menjualnya kepada sindiket pelacuran di sana.
Megan kemudiannya dijual kepada bapa ayam, Leon yang mengarahkannya melayani seramai 110 pelanggan dalam masa 22 jam tanpa henti.
Megan akhirnya berjaya meloloskan diri daripada kancah pelacuran pada 2009 ketika dia dimasukkan ke wad kerana cubaan membunuh diri.
Dan kini dia telah kembali ke United Kingdom dan tinggal bersama kekasihnya serta sedang hamil anak pertama mereka.
Memori yang dikongsikan Megan ini adalah sebagai satu kesedaran kepada ramai wanita muda di sana agar tidak mudah terperangkap dengan jerat percintaan jejaka berhidung belang yang dijumpai ketika melancong ke mana-mana kawasan peranginan.

0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.