Fouziah Gous tak abai suami selepas ada anak

3:57 AM


FOUZIAH Gous dan suami, Mohd Zhafran Md Yusof bergambar bersama anak sulung mereka, Muhammad Zeeshan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Biarpun sepenuh tumpuan diberikan kepada anak sulungnya, Muhammad Zeeshan, pelakon dan pengacara, Fouziah Gous, cuba memastikan perhatian kepada suami, Mohd Zhafran Md Yusof, 33, tidak terabai. 

Fouziah, 33, bagaimanapun berkata, keutamaan diberikan kepada anak lelakinya yang kini berusia tiga bulan dan tidak merancang untuk mengambil pembantu bagi menguruskan si kecil. 

Fouziah selamat bersalin anak lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 11.40 pagi pada 26 November lalu. Bekas pengacara Nona itu berkongsi, dia baharu saja selesai berpantang dan tidak berasa terbeban memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. 

Malah, dia bersyukur dikurniakan ibu mentua serta ahli keluarga yang sering membantunya melakukan kerja rumah. 

Dia turut meluahkan rasa bersyukur dengan kelancaran majlis aqiqah yang dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak, saudara mara dan rakan terdekat. Majlis bertemakan pesawat udara itu turut diserikan dengan kehadiran isteri bekas Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sumber: bharian

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic