Fouziah Gous Namakan Anak Sulung Muhammad Zeeshan

1:18 AM


Tahniah kepada Fouziah Gous dan juga suami kerana baru-baru ini telah menimang cahaya mata sulung mereka. Melalui perkongsian mereka di laman Instagram semalam, Fouziah memberitahu bahawa nama anaknya ialah Muhammad Zeeshan yang bermaksud – kekuatan dan yang terhebat.

Fouziah Gous Namakan Anak Pertama Muhammad Zeeshan

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru selesai bertahnik untuk @zhafoujr. Ingin saya kenalkan baby lelaki saya, Muhammad Zeeshan Bin Md Zhafran. Dilahirkan pada 26 November 2015, jam 11.37 pagi di DEMC Specialist Hospital. Zeeshan yang bermaksud Kekuatan / yang Terhebat – nama pilihan kami,” jelas Fouzish di Instagram.

Selain itu, pelakon dan pengacara ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan juga orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat mereka sekeluagra.

-rtky


You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic