BUDAK DITAHAN POLIS SILAP EJA RUMAH TERES JADI TERORIS

11:57 PM

LONDON Anggota keluarga seorang budak lelaki Muslim tempatan; yang hanya baharu berusia 10 tahun, kini mendesak pihak polis Britain supaya membuat pernyataan rasmi meminta maaf.

Ini susulan kes budak itu disoal siasat semata-mata kerana tersilap eja dia tinggal di rumahterroristatau pengganas, dan bukan terracedatau rumah teres seperti yang mahu dimaksudkannya.

Polis dilaporkan menyoal siasat budak itu di rumahnya di Lancashire, England pada 7 Disember lalu dan memeriksa komputer milik keluarganya setelah dia menulis ejaan salah itu dalam kelas Bahasa Inggerisnya.
Menurut stesen tempatan BBC, sejak Julai tahun lalu, undang-undang Britain menghendaki guru-guru sekolah untuk melaporkan sebarang kelakuan murid mereka yang dikesan sebagai mencurigakan.

Anda boleh bayangkan ini berlaku kepada seorang lelaki berusia 30 tahun yang menjadi guru, tetapi tidak kepada seorang anak kecil yang menetap di Accrington, kata sepupu budak lelaki itu kepada BBC.

Contoh model rumeh teres di Britain. Gambar hiasan

Guru itu sepatutnya prihatin dengan masalah ejaannya. Tetapi dia nampaknya takut keterlaluan waima dengan tulisan salah eja, dan terlalu banyak fikirkan benda yang bukan-bukan, tambahnya lagi.

Miqdaad Versi, penolong setiausaha agung Majlis Muslim Britain; kumpulan terbesar bagi pelbagai pertubuhan Islam di Britain, menyalahkan program pencegahan negara itubertujuan mengekang radikalisme.
Terdapat keprihatinan bahawa individu yang setakat menjalani kehidupan harian mereka, dipantau pasukan keselamatan dan dianggap sebagai individu yang berpotensi menjadi pengganas, bukan pelajar, katanya.

Inilah yang akan terjadi akibat program pencegahan itu dilanjutkan pula kepada pengurusan sekolah-sekolah, tambah Miqdad merujuk kes tersebut yang telah dikendalikan oleh pihak polisLancashire.

Isu itu dikendalikan dengan kunjungan bersama konstabel polis tempatan dan agensi khidmat sosial sebelum memutuskan kes tersebut ditutup ekoran kesilapan ejaan berkenaan. 

-Agensi/Mynewshub.cc/HAA

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic