Besi Drill Patah Tertinggal Dalam Kaki, Lelaki Ini Menderita Selama 8 Tahun Sebelum Mengetahuinya!

2:01 AM


kaki1

Apa yang kami perasan sejak kebelakangan ini, kes kecuaian pihak hospital acap kali menjadi bualan netizen di laman sosial. Jika dahulu kebanyakan kes hanya didiamkan sahaja namun selepas wujudnya platform media seperti Facebook, mereka mula berkongsi kisah ‘ngeri’ yang pernah di alami.

Terbaru seorang lelaki tampil menceritakan kisah dirinya yang kemalangan sehingga patah kaki. Apa yang dikesalkan ialah kecuaian kakitangan hospital sehingga dirinya menderita sakit selepas beberapa tahun kemalangan.

Apa yang cuai? Besi drill patah dan tertinggal di dalam kaki selama 8 tahun! Ikuti kisah selanjutnya.

3 jam tanpa sebarang ubat, meraung kesakitan

kaki1

Sebaldi nanah keluar

kaki3

Doktor : Itu mata drill sudah patah

kaki2
Semasa sy dihospital, sehari sebelum pemedahan.Tiba2 seorang doktor cina datang ke katil saya. 
Doktor : u tau x kaki u ada tertinggal besi drill, dan besi drill tu tertinggal patah didalam tulang kaki u semasa operation pertama?.
Saya : besi drill?..ape tu?.. patah?.. dalam tulang?..ape tu?..
(Doktor tu cuba memberi tahu secara terperinci)
Doktor : u tau sebelum orang mahu pasang skru pda kayu, mereka perlu buat lubang dulu terlebih dahulu mengunakan mesin drill?..
Saya : ok saya tahu..
Doktor : itu mata drill sudah patah, sekarang x boleh keluarkan, jika mahu keluarkan kita perlu membuat satu lubang besar pada tulang u dan korek itu besi keluar. Tetapi itu amat risiko!!..tulang u akan jadi rapuh.. doktor di hospital k.lumpur x cerita sama u ke?..
(Sy msih ingat doktor tu bergurau)
Saya : diorang xde cakap ape2 pun?..
Doktor : kalau macam tu, oklah, u sudah tau skrg. Kami tidak dapat keluarkan mata drill itu dari tulang kamu.
Saya : tak boleh cuba ke doktor?..ade infect ape2 x?..
Doktor : xde ape2.. u jangan risau(ayat seperti backup rakan sejawatannya) 
Saya dan wife saling memadang dan tidak percaya..
Setelah operation tiada seorang doktor pun yg menjelaskan perkara sebenar. Semasa lawatan pun mereka tidak ke katil saya, dan tak tunjuk pada sy hasil xtray. mungkin mereka tidak tau bagaimana mahu menjelaskan. Sehingga saya terpaksa mencuri tengok xtray saya ketika mereka leka secara sembunyi(xtray seperti dlm gambar)..ya allah!!!.. dgn jelas sy nampak mata besi drill melalui xtray. Sy amat sedih. Bermacam2 bermain Dlm fikiran saya seperti boleh ke bahan operation (besi drill) kekal dalam tulang?.betul ke xde infection?.. selamat ke?..kenapa xde doktor yg jelaskan?..kenapa doktor di k.lumpur lakukan saya sampai begini?..patutlah kaki saya x boleh bengkok!!..sbab ada bende asing dalam kaki selain besi implant.. selepas seminggu saya mohon keluar, kerana saya terasa amat tertekan berada di hospital. Doktor pun membenarkan saya keluar dgn alasan saya seorang patient yg cerewet. Jika mahu cerita mcm2 lg perkara yg mmbuatkan saya menjadi benci dgn doktor. Perkara ni berlaku juga menyebabkan sy tidak dapat bekerja menyara keluarga dan membalas jasa ibu bapa sy. Sy juga terpaksa menyusahkan banyak pihak terutama ahli keluarga.  
Zaman muda sy jga habis begitu sahaja.jika semua berlaku akibat kecuaian sy, sy readho, tp ini melibat kecuaian hospital yg mungkin akan berlaku kpd org lain. 
Hari ni saya buat keputusan untuk viralkan perkara ni, bukan nak menagih simpati, bukan nak meminta belas kasihan, atau mahu memburukkan mana2 pihak. Cuma mahu menuntut keadilan. Dan supaya perkara seperti ini tidak berlaku kepada orang lain.  
Sy hanya mahu seseorang memohon maaf dari wakil pihak hospital. Tetapi mereka seperti tiada salah bila perkara ni tidak dipandang serius. sy juga mengharapkan pandangan dari anda semua. 
Bagi saya, untuk menjadi seorang doktor perlukan keikhlasan. Bukan kesempurnaan yang saya harapkan. 
Terima kasih pada kerana sudi baca, komen.jgn lupa share ya..semoga allah membalas membalas jasa kalian..aamiin…

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic