Bayi perempuan bakal ubat duka Elly Mazlein

2:11 AM


PENYANYI dan pelakon, Elly Mazlein, mengakui kehadiran anak perempuan yang bakal dilahirkan pada hujung Mac depan sebagai pengubat duka yang lalu..
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, mengakui kehadiran anak perempuan yang bakal dilahirkan pada hujung Mac depan sebagai pengubat duka yang lalu.
Sebelum ini, beliau pernah berdepan insiden keguguran, Januari tahun lalu, selepas dua bulan mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Azmi Hatta, pada November 2014.
Pengalaman itu, kata Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, cukup memberikan tekanan kepada dirinya.
Justeru, apabila beliau disahkan hamil semula pada Jun tahun lalu, ia tentu saja menjadi perkhabaran cukup menggembirakan bagi penyanyi yang terkenal dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini.
"Tiada aral, Elly dijangka melahirkan anak perempuan pada 30 Mac depan. Memang Elly sendiri mengharapkan untuk mendapat anak perempuan dan alhamdulillah, ia seakan dikabulkan Tuhan.
"Elly dan kandungan ketika ini pun sihat. Elly dan suami juga selalu buat pemeriksaan di sebuah hospital di Wangsa Maju," katanya kepada BH Online.
Menurutnya, apabila mengandung buat kali kedua, suaminya meminta beliau mendapatkan rehat yang cukup.
"Suami tidak mahu Elly bekerja dan berasa tertekan. Dulu, ketika keguguran anak pertama, memang Elly lemah semangat. Begitupun, setiap kejadian ada rencana tersendiri. Sejak dimaklumkan hamil lagi, barulah kini Elly berani keluar berjumpa orang," katanya gembira.
ELLY bersama bapa tercinta.

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic