Anak Busy Dengan Smartphone? Ajak Mereka Buat 7 Aktiviti Yang Lebih Thrill & Menyihatkan Ini!
10:42 PMAntara aktiviti yang boleh dicuba..
#1
Rock Climbing

Lokasi: Camp 5 Climbing Gym, One Utama, Damansara Utama.Harga : Dewasa RM 33, Pelajar RM 22 , Remaja RM 16 dan percuma untuk kanak-kanak bawah 8 tahun ( harga ahli)
Biasanya kalau pergi One Utama mesti terfikir nak shopping kan? No! Kali ni apakata bawa anak-anak menjengah Cap 5 Climbing Gym di mana korang boleh juga bakar-bakar lemak tebal di samping mengeratkan silaturahim dengan anak-anak.
#2
Jump Aerobics/ Dodgeball

Lokasi: Jumpstreet PJHarga : Bermula daripada RM22 per pax (off peak)
Wah, seronoknya dapat lompat sana-sini kan. Well, untuk pengetahuan korang, jumpstreet bukan ada dekat Petaling Jaya sahaja, malah ada di Penang dan tak lama lagi khabarnya akan dibuka di Johor Bahru.
#3
Paintball

Lokasi :PutrajayaHarga : Bermula daripada RM 50 per pax (bergantung pada jenis pakej)
Ha.. ni memang lasak lah kan! disarankan untuk bawa anak-anak yang dah besar sikit. janganlah pergi bawa anak yang masih bersekolah tadika pula! Tapi, memang thrill bila dapat tembak-tembak orang kan. Cuma, bila dah balik tu mesti badn berbekas-bekas.
#4
Go Kart

Lokasi: Kart X, SubangHarga : RM 100- RM160 per pax ( bergantung pada jenis litar)
Wah! kami rasa anak anda pasti teruja bila dapat racing go kart kan? Well, mana tahu nanti bila dah besar mampu jadi pelumba go kart pula!
#5
Swimming

Lokasi: Stadium Shah AlamBayaran Masuk :Dewasa (RM3.70), Kanak -Kanak (RM4.70), OKU/Warga Emas (RM1.60)
Buat yang tak tahu, sebenarnya swimming boleh membakar lemak lebih banyak daripada aktiviti sukan yang lain. Malah, ia lebih bagus untuk kanak-kanak belajar swimming untuk keselamatan mereka kan.
#6
Drift Trikes

Lokasi : Taman Rimba Alam Putrajaya
Harga : n/a hubungi Kelab Sukan Putra Drift Trike
Ada beberapa lokasi permainan Drift Trike yang menjadi medan beradu kelajuan dan mencabar adrenalin di Malaysia seperti di Taman Rimba Alam Putrajaya, Bukit Jugra dan Kuala Kubu Baru, Selangor; Cameron Highlands dan Bukit Fraser, Pahang; Gunung Raya, Langkawi serta Bukit Banang, Batu Pahat, Johor.
#7
Water Rafting

Lokasi : Sungai SlimHarga: RM 180 kanak-kanak & dewasa
Aktiviti water rafting ni memang thrill habis! Tapi, ianya lebih sesuai untuk dilakukan bersama anak-anak yang dah besar sikit ya! Lepas buat water rafting, bolehlah mandi-manda di sungai yang sejuk tu!
Menarikkan? Kami yakin anak korang pun akan lebih seronok untuk buat 7 aktiviti ini berbanding asyik bermain smartphone je! Malah, kami pasti mereka akan teruja untuk bercerita akviti yang dilakukan bersama keluarga kepada kawan-kawan bila masuk sekolah semula nanti!
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.