Akhirnya Pemandu BMW langgar lari ditahan

5:57 AM


KEADAAN kereta BMW suspek yang remuk selepas merempuh sekumpulan enam individu hingga mengakibatkan tiga daripadanya maut.

KUALA LUMPUR: Suspek yang memandu kereta BMW dan merempuh sekumpulan enam individu hingga mengakibatkan tiga daripada mereka maut, ditahan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini, malam tadi.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi BH sebentar tadi.
Mohd Nadzri berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas membuat laporan berhubung kemalangan itu pada jam 7.20 malam.
"Kita berjaya mengesan dia melalui tukang tarik kereta yang dia panggil menarik keretanya yang ditinggal di tepi Lebuhraya KESAS (Lebuhraya Shah Alam) dan dia akhirnya bersetuju datang untuk membuat laporan polis
"Sejurus dia selesai membuat laporan, kita terus menahannya untuk membantu siasatan. Kita akan rekod keterangan dan jika ada keperluan untuk melanjutkan penahanannya, kita akan buat permohonan reman," katanya.
-bharian

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic