7 Perkara Penting Yang Wanita Perlu Lakukan Ketika Travel Sendirian!
4:49 AM
Kalau dulu travel sendirian ni hanya lelaki je yang berani. Tapi, sekarang ramai dah wanita yang berani menyahut cabaran untuk travel solo.
Bahaya? Kalau nak cakap pasal bahaya, dekat depan rumah pun boleh terjadi perkara bahaya.
Jadi, untuk wanita diluar sana yang tengah plan untuk travel sendirian, ambil tahu perkara penting ini supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini.
1. Buat research tentang pengangkutan
Ini benda penting. Ambil tahu tempat yang anda ingin lawati dan bagaimana untuk ke sana. Pengangkutan awam pilihan tepat kerana harganya murah dan selamat berbanding teksi.
2. Tak perlu bawa baju banyak
Kalau baju yang sudah pakai tu masih elok dan tak berbau, boleh je anda memakainya semua. Bukan ada siapa tahu pun kan!
3. Jangan lupa mesej keluarga anda
Ini sangat penting memandangkan anda travel sendirian. Pastikan anda mesej keluarga atau kawan baik anda. Jika ada perkara yang tidak diingini terjadi, mereka tahu mana nak cari anda.
4. Sertai kumpulan pelancong
Jika rasa kesunyian, anda boleh sertai kumpulan pelancong dan boleh berjumpa dengan rakan baru. Lagi satu, ada juga orang yang boleh ambil gambar anda. Tak ada la asyik nak berselfie je.
5. Bawa buku untuk dibaca
Bila dah travel sendirian memang tak ada teman untuk berbual. Masa tengah tak buat apa-apa atau pun tengah tunggu makanan, boleh la baca buku. Tak ada la rasa awkward.
6. Jangan beritahu media sosial yang anda bersendirian
Ramai wanita kurang peka tentang perkara ini. Jika anda memuat naik status yang anda sedang bersendirian, anda mungkin akan ditimpa bahaya. Manala tahu ada orang yang berniat jahat.
7. Jangan beritahu orang tidak dikenali yang anda bersendirian
Jika ada orang bertanya sama anda datang sendirian atau dengan seseorang, jangan beritahu perkara sebenar. Tipu mereka dan katakan yang anda bersama teman lelaki, suami atau keluarga. Takut-takut mereka ada niat tak baik.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.