6 Kesalahan Sebelum Pergi Melancong Yang Anda Patut Elakkan!

6:06 PM

Tibanya bulan Disember, pasti ramai yang akan ambil cuti panjang untuk melancong dan bawa anak–anak atau keluarga pergi bercuti.
Tapi, bagi mereka yang ingin bercuti ke luar negara, ada beberapa perkara atau kesalahan yang anda harus elakkan.

Beg lebih muatan

28295-packing

Jangan sesekali bawa beg yang terlebih muatan. Jika anda ke luar negara, pasti anda akan membeli pakaian baru di sana. Jadi, buat apalah nak bawa baju lebih-lebih.

Tak buat ‘check-list’

10-Travel

Sebelum melancong, pastikan anda buat senarai seperti apa yang perlu dibawa, ke mana mahu pergi, dan aktiviti apa boleh dibuat. Jika anda tidak biasa dengan tempat tersebut, eloklah buat ‘check-list’ untuk memudahkan percutian.

Tinggal ubat

WASHINGTON, DC - JANUARY 9: Travel kit containing health items photographed in Washington, DC. Photo by Deb Lindsey/For The Washington Post)

Ketika bercuti WAJIB bawa ubat-ubatan asas. Bukan apa, jika sakit yang tidak serius, anda boleh merawatnya sendiri. Tak ada la membazir nak dapatkan rawatan di klinik di sana.

Tak tukar duit

RINGGIT_RATE_06072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_04

Tak bagus! Sebaiknya sebelum ke luar negara, tukarlah matawang di Malaysia terlebih dahulu. Kita lebih tahu proses di negara sendiri berbanding di negara luar.


Tak ada ‘kepala’ 

tumblr_inline_nh5qc7CInh1sb080b

‘Kepala’ yang dimaksudkan ialah seseorang yang boleh diharap untuk menyimpan semua dokumen penting seperti pasport dan tiket. Biasanya ‘kepala’ ni orang yang peka dengan keadaan sekeliling. Baru la rasa lebih yakin dan selamat.

Tak bawa bekal

DSC_0643
Bagi yang beragama Islam, mungkin sukar untuk mencari tempat makan halal di negara-negara tertentu. Jadi, bawalah bekal seperti sambal ikan bilis, roti, biskut, dan mi segera supaya anda tak kelaparan.
-hanasuva

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic