5 Tips Agar Anda Tak Kesunyian Ketika Travel Sendirian!
5:04 AM
Jika anda tak pernah lagi travel solo, tahun 2016 adalah tahun terbaik untuk anda lakukan.
Travel sendirian banyak kebaikkannya seperti anda boleh lakukan perkara atau aktiviti yang anda suka dan pergi ke mana saja tempat yang anda ingin tuju.
Bukan itu saja, anda boleh berjumpa dengan ramai orang dan dapat tahu banyak benda baru.
Tapi, ramai yang tak berani travel sendirian sebab akan kesunyian. Jangan takut, anda boleh cuba 5 tips ini.
1. Jangan pilih hotel, tapi tinggal di asrama
Hostel atau asrama adalah pilihan tepat untuk solo traveler. Selain harga murah, anda boleh berkenalan dengan pengembara lain. Tak ada la rasa sunyi sebab dah ada rakan baru untuk berborak.
2. Cuba guest house atau homestay
Konsep homestay adalah menginap di rumah warga tempatan. Anda pasti tak akan kesepian. Mereka akan bawa anda berjalan-jalan dan merasai pelbagai makanan tempatan.
3. Ikut kumpulan pelancong
Kalau tak nak rasa sunyi, anda boleh sertai kumpulan pelancong yang ingin ke tempat yang anda ingin tuju. Anda boleh berjalan dengan mereka, dalam masa yang sama berjumpa dengan rakan baru.
4. Berjumpa dengan rakan atau saudara
Jika anda ada rakan atau saudara yang menetap di tempat tersebut, anda boleh berjumpa dan minta mereka untuk bawa anda berjalan-jalan di tempat tersebut.
5. Menjadi sukarelawan
Pengembaraan akan jadi lebih bermakna apabila anda melakukan kebaikan. Jika anda ada masa lapang dan rasa sunyi, anda boleh memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan tidak kira apa pun jenis pertolongan.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.