Wanita Bujang Di India Diharamkan Guna Telefon Bimbit! Sebab Apa?

7:53 AM

India terkenal dengan negara yang mempunyai reputasi buruk di dalam kesaksamaan jantina.
Lebih parah apabila di Gujarat, wujud undang-undang yang mengharamkan remaja perempuan dan wanita bujang daripada menggunakan telefon bimbit atau selular.
Jika gagal mematuhi larangan tersebut, mereka akan didenda ₹2,100 (RM129) dan mereka yang melaporkan kesalahan akan diberikan wang sagu hati ₹200 (RM12.30).
image
Pengharaman tersebut adalah kerana pihak berkuasa tempatan percaya bahawa telefon selular mampu mengganggu dua golongan ini dari melakukan kerja rumah dan kerja sekolah.
Di Uttar Pradesh undang-undang tersebut juga akan berkuat kuasa dan alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa sangat tidak masuk akal.
Penggunaan telefon bimbit dikatakan menyebabkan remaja wanita menjadi manja dan bercinta dengan lelaki.
image
Jika didapati bersalah, selain dikenakan denda, ibu bapa gadis yang didapati bersalah akan turut dipaksa menyapu sampah sebagai hukuman.
Dengan mengharamkan penggunaan telefon selular ke atas remaja bawah 18 tahun, mereka berharap kononnya masalah tersebut dapat diselesaikan.
-HNSV

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic