Takut Kena Tangkap Khalwat, Lelaki Ini Sanggup Cakap Mak Ayah Dah Meninggal!

11:52 PM



“Encik…emak dan ayah saya dah lama meninggal sebab kemalangan.”
Itu antara helah seorang lelaki yang sanggup berbohong bagi mengelak ibu bapanya mengetahui dia ditahan kerana berkhalwat dalam Op Hari Kekasih di sebuah hotel bajet, di Senawang, malam kelmarin.
Lelaki berusia 21 tahun berasal dari Batang Berjuntai, Selangor itu, ditahan bersama pasangannya berusia 20 tahun dari Rawang, ketika menginap di hotel berkenaan sekitar jam 2.30 pagi.
Namun, helah lelaki itu terbongkar apabila anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat pemeriksaan dan menemui nombor ibu bapanya disimpan dalam telefon bimbit.
Anggota terbabit kemudian menghubungi nombor berkenaan sebelum bapa kepada lelaki terbabit menjawab panggilan itu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Amran Awaluddinberkata, selepas pemeriksaan, kami menemui nama ‘daddy’ dan lelaki berkenaan menyatakan itu nombor lama ‘arwah’ bapanya.
“Sebaik penipuannya terbongkar, lelaki itu kemudian memohon maaf kepada anggota kami kerana berbohong,” katanya.
Lelaki terbabit antara empat pasangan ditahan pihaknya dalam operasi bermula jam 12.30 tengah malam hingga 4 pagi itu.
Lelaki berusia 46 tahun dan pasangannya berusia 42 tahun yang masing-masing sudah mendirikan rumah tangga turut ditahan dalam serbuan tersebut.
Wanita terbabit ditemui dalam keadaan berbogel dan hanya menutup tubuhnya menggunakan selimut manakala lelaki berkenaan sudah lengkap berpakaian.
Semua yang ditahan dibawa ke pejabat penguatkuasaan JHEAINS untuk diambil keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.
Harian Metro, hnsv

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic