SAYA SAYANGKAN ANDA SAYA RINDUKAN ANDA -TMJ

5:27 AM


JOHOR BAHRU Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melahirkan kerinduan kepada adindanya, Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil, yang mangkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, Disember lalu.

Tunku Ismail berkata, beliau mengakui amat sukar baginya menerima hakikat bahawa Allahyarham sudah tiada, namun amat memahami mengapa Allah mahu arwah berada di sisi-Nya, yang disifatkannya sebagai malaikat di bumi.

Di sebalik kebahagiaan, di sebalik kemegahan, di sebalik pertaruhan, terdapat kesedihan yang kami perlu lalui setiap hari tanpa anda ada bersama kami.

Terima kasih untuk panduan yang anda berikan, terima kasih kerana menjadi kekuatan saya.
Terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bahawa sebuah Lamborghini atau duit tidak bermakna apa-apa.

Terima kasih kerana menunjukkan saya bahawa dalam kehidupan, Allah dan kasih sayang adalah segala-galanya. Saya sayangkan dan rindukan anda, kata Tunku Ismail dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

Tunku Abdul Jalil, putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, mangkat pada Disember lalu selepas bertarung dengan penyakit barah hati tahap empat sejak Disember 2014. 

-BHarian


Sumber: mynewshub

You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic