Menyanyi Masa Mandi Pun Ada Kebaikan Pada Kesihatan! Jom Baca.
11:08 PM
Mesti ramai yang suka menyanyi dalam bilik air ketika sedang mandi.
Kalau ikutkan tabiat ini dilarang dalam Islam, tapi ini hanyalah berdasarkan KAJIAN! Admin tekankan sekali lagi, KAJIAN!
Menurut beberapa pakar perubatan, sebenarnya tabiat tersebut mampu memberi manfaat pada kesihatan
1. Melegakan tekanan
Pernah tak anda menyanyi ketika mandi dan lepas tu mood anda jadi lebih baik? Kajian mendapati, tabiat tersebut sama seperti senaman untuk paru-paru dan buatkan emosi jadi lebih tenang.
2. Mengurangkan risiko diserang penyakit jantung
Menyanyi ketika mandi sangat baik utnuk jantung. Ia seperti aktiviti aeroobik untuk jantung dan meningkatkan oksigen dalam aliran darah. Jantung akan jadi lebih kuat.
3. Meningkatkan sistem imunisasi
Apabila stres, badan akan menghasilkan lebih banyak kortisol dan ia menyekat sel imun. Ia buatkan kita mudah jatuh sakit. Lebih banyak anda menyanyi, lebih kurang anda terdedah dengan penyakit.
0 comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.