Johan As'ari Kini Temui Cinta Baru? Siapa gadis bertuah itu?

5:03 AM

6- Johan As'ari Kini Temui Cinta Baru? - ROTIKAYA

Jika sebelum ini Johan As’ari pernah dikaitkan dengan Nabila Huda dan juga Lana Nodin, kini pelakon lelaki ini mengakui sedang mengenal hati budi seorang wanita yang juga merupakan kenalannya sejak sekian lama.
“Ya, saya sedang berkawan rapat dengan seorang pelakon wanita ini. Saya tidak boleh memberitahu siapa, tetapi apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang lembut peribadinya dan kami serasi apabila keluar bersama”
“Kami sering melakukan aktiviti seperti bermain luncur ais dan menonton wayang. Setakat ini, kami selesa berkawan rapat biarpun tidak pernah berlakon sama,” katanya dipetik daripada Utusan Online.
Sementara itu, dalam masa yang sama, Johan juga menyerahkan soal jodoh sepenuhnya kepada Tuhan. Apa yang penting, calon isterinya itu nanti bukan saja mampu membahagiakan dirinya malah kedua ibu bapanya juga. Semoga baik-baik saja untuk Johan. 
4- Johan As'ari Kini Temui Cinta Baru? - ROTIKAYA
-rtky


You Might Also Like

0 comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Traffic